BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »




 
"/>I Still Love You Even After You Hurt Me. I Cannot Delete You From My Heart

Cute Friends

Saturday 21 January 2012

♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengar  bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula mencintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Guys, kalau seorang perempuan telah memberikan peluang kedua kepada anda, gunakan lah peluang itu dengan sebaiknya untuk memperbaiki  kesilapan kamu kepadanya,hargailah segala kebaikan yang telah dia berikan kepada anda kerana dia juga menangis kerana kebaikan yang di berikan tidak pernah di hargai malah di anggap sebagai kebodohan pada dirinya

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..

0 Cute Comment:

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan....





Scrollboxes
Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia..... Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu.. Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu.. Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya.. Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum . ♥ ♥





Scrollboxes