Friday 27 April 2012
Segment : Serious Follow Back
Dicatat oleh scha_07 di 11:59 15 Cute Comment
Monday 23 April 2012
Yang ,
- Yang Singkat Itu "WAKTU".
- Yang Menipu Itu "DUNIA".
- Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
- Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
- Yang Berat Itu "AMANAH".
... - Yang Sulit Itu "IKHLAS".
- Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
- Yang Susah Itu "SABAR".
- Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
- Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
- Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
- Yang Berharga Itu "IMAN".
- Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
- Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".
.....................................................................
Dicatat oleh scha_07 di 19:11 1 Cute Comment
Sunday 22 April 2012
JIKA RINDUKAN SESEORANG ,
Dicatat oleh scha_07 di 16:56 0 Cute Comment
Saturday 21 April 2012
Rasa Cinta
Seringkali kita sebagai seorang manusia normal,kita akan kecewa apabila sesuatu itu tidak seperti yang kita harapkan.
Namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua tu adalah sesuatu yang mengajar kita erti hidup.
Cinta kepada manusia dan daripada man...usia, tak pernah kekal. Jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita.
Bila kita meratap, bersedih, hilang semangat kerana kekasih.Kenapa?
Dia belum menjadi milik kita dan dia takkan menjadi milik kita abadi kita kerana kita semua adalah milikNYA yang Maha Berkuasa.
Tidak semua orang tahu menghargai kasih sayang, pengorbanan, kejujuran dan keikhlasan kita..Termasuklah orang yang kita gelar kekasih..
Bila dia rasakan diri kurang perhatian, mulalah berpaling pada insan lain.
Bila sudah kehilangan, barulah datang kembali mengucapkan seribu kemaafan dan madah-madah cinta yang seolah-olah dia pencinta yang begitu setia.
Sedangkan sebelum itu, dialah yang menghancurkan harapan dan hati kita yang begitu ikhlas menyayanginya.
Begitulah lumrah manusia, hanya menghargai apabila sudah kehilangan..bila ada disisi,tak dipandang pun segala pengorbanan yang dibuat..
Tak perlulah bersedih kerana si dia yang tak menghargai kesetiaan, kasih sayang dan cinta kamu padanya..
Ini adalah peluang untuk kamu mencari yang lebih baik..
Bangunlah,tidak perlu meratap lagi.. kuatkan semangat tabahkan hati,banyak kan berdoa, insyaAllah kebahagian akan jadi milik kita.
Perlu di ingatkan juga, Ingatlah siapa yang menciptakan hati kita?
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta di hati kita.
Kita hanya beriktihar untuk mencari dan dengan kuasanya juga Allah akan membuahkan rasa Cinta dihati kita.
Dicatat oleh scha_07 di 16:52 0 Cute Comment
Friday 20 April 2012
Tips belajar : Pengurusan masa
Dicatat oleh scha_07 di 19:04 0 Cute Comment
Thursday 19 April 2012
Perancangan ,
Dicatat oleh scha_07 di 12:14 1 Cute Comment
Wednesday 18 April 2012
Tips Kasih Sayang menurut Islam ..
Jadikan pedoman , huhu ^_^
...................................................................
Dicatat oleh scha_07 di 17:46 0 Cute Comment
Monday 16 April 2012
Cintai Allah Dahulu Sebelum Mencintai dia
hmm , tepuk dada tanya iman :(
Dicatat oleh scha_07 di 11:41 0 Cute Comment
Saturday 14 April 2012
Allah sentiasa ada...
Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita,
Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita,
Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita,
Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita,
Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita,
... Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kita...
...........................
Dicatat oleh scha_07 di 21:23 0 Cute Comment
Friday 13 April 2012
Doa Taubat
Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,ampunkanlah dosaku,sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dicatat oleh scha_07 di 17:40 0 Cute Comment
Tuesday 10 April 2012
Senyum ..
kurangkan manis dalam minuman , tambahkan manis dalam senyuman.
Dicatat oleh scha_07 di 22:17 0 Cute Comment
Promote Blog Free di Blog Chegu Zubir
malam ni Scha nak join satu segmen ni , Scha kan dah lama tak join segmen-segmen ni dah , so malam ni Scha nak joinlah , lagipun segmen ni boleh menambah follower kita ,
korang nak join tak ?? kalau nak korang tekan je banner kat atas tu ,
ok , jom join ramai-ramai , bagi lagi meriah ..
hehe , tata semua :)
Dicatat oleh scha_07 di 21:53 0 Cute Comment
Monday 9 April 2012
Tujuh Kalimat Yang Harus Dibiasakan ..
Tujuh Kalimat Yang Harus Dibiasakan.
1. بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم
Bismillahirrohmanirrohiim.
... Setiap hendak melakukan sesuatu.
2. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْـعَالَمِيْـن
Alhamdulillahirobbil'alamiin.
Setiap habis melakukan sesuatu.
3. اَسْتَغْفِرُاللَهَ الْعَظِيْمِ
Astagfirullahal'adziim.
Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4. اِنْشَاءَ اللَّه
Insya Allah.
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.
5. لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّه
Laa hawlawalaa quwwata illabiillah.
Bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.
6. اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
Inna lillahi waainnaa ilayhi rooji'un.
Jika melihat/menghadapi musibah.
7. لاَاِلَهَ اِلاَّاللَه مُحَمَّدَالرَّسُوْلُ اللَه
Laa ilaha ilaallah Muhammadarrosulullah
Bacalah siang & malam sebanyaknya.
sama-samalah kita cuba mengamalkannya :)
Dicatat oleh scha_07 di 21:30 1 Cute Comment
Doa Ibu
♥ ♥ DOA IBU-->ialah jambatan kebahagian bagi anak-anaknya
♥ ♥ DOA IBU-->ialah wujud cinta dari airmata di hadapan ALLAH
♥ ♥ DOA IBU-->ialah ketulusan yang selalu memaafkan
♥ ♥ DOA IBU-->ialah cinta yang tak pernah padam...
Dicatat oleh scha_07 di 16:32 0 Cute Comment
Friday 6 April 2012
WAJIB BACA DAN SEBARKAN !!
WAJIB BACA DAN SEBARKAN !!
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:
‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
Suaminya.
Ayahnya.
Saudara lelakinya.
Anak lelakinya.
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:
Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.
Penjual/ penyebar
Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.
Pembeli/ pembaca
Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing.
Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Nauzubillah…Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….
sharing is caring ^^
..........................................................
Dicatat oleh scha_07 di 21:34 0 Cute Comment
Thursday 5 April 2012
4 TIPS SIHAT NABI MUHAMMAD SAW
[4 TIPS SIHAT NABI MUHAMMAD SAW]
1. Nabi melarang umatnya minum berdiri.. ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh mnyebabkan penyakit batu karang.
2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida pada udara hembusan tersebut.. jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung
...
3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut membantu mmbuang lemak-lemak degil dalam badan.
4. Nabi melarang makan diselangseli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW.. Jadi ikutlah walaupun sedikit.. kerana sedikit yang dilakukan beristiqamah lebih baik dari banyak tnpa istiqamah.. =)
sharing is caring ^^
Dicatat oleh scha_07 di 20:58 0 Cute Comment
Wednesday 4 April 2012
Kalau Bercinta ..
Kalau bercinta ♥,
jangan berkepit macam belangkas ♥,
hantar surat berbelas-belas ♥,
SMS berbalas-balas ♥,
masa dating sebelah tandas ♥,
... berpeluk-peluk dalam bas ♥,
asyik menjeling dalam kelas ♥,
minum air perghh kongsi segelas ♥.
Bila ada konflik ♥,
haa mula la nak frust ♥,
nak tunai solat pun malas ♥,
tak dapat tumpu study dalam kelas ♥,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas ♥,
takut ♥.. exam tak pass ♥,
tup2 awek sendiri kena kebas ♥,
kesian ♥.. melepas ♥.
So ♥,
jadilah couple yang ada class ♥,
berdating ikut lunas ♥,
bergaul ada batas ♥,
jaga maruah dengan tegas ♥,
syariah dijaga dengan jelas ♥,
tutur kata sentiasa beralas ♥,
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas ♥,
janganlah bimbang ♥,
cintamu pasti berbalas ♥.
♥ cinta bukan pada c0uple..
♥ cinta bukan pada I ♥ U..
♥ cinta tidak terletak pada I MISS U..
♥ itu semuanya cinta nafsu..
♥ cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijab qabul dilafazkan..
♥ ketika itulah tujuan cinta menjadi kerana Allah..
♥ satukanlah cinta kerana Allah ♥
take note , ok :)
Dicatat oleh scha_07 di 21:55 0 Cute Comment
Monday 2 April 2012
Maafkanlah
♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..
memaafkan itu lebih baik dripada berdendam..kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti..
maafkanlah , ^^
Dicatat oleh scha_07 di 21:56 0 Cute Comment
Sunday 1 April 2012
Jangan Mengeluh !!
Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,
Pikirkanlah tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa,
Pikirkanlah tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kamu mengeluh bahwa nasib kamu buruk,
Pikirkanlah tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.
Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu,
Pikirkanlah tentang seseorang yang terus memohon kepada Allah SWT untuk diberikan pendamping hidup.
Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
Pikirkanlah tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul
Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
Pikirkanlah tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir,fikirkanlah tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan
Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkanlah tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.
Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,Tersenyum dan bersyukurlah kepada Allah SWT bahwa kamu masih hidup. :)
Dicatat oleh scha_07 di 20:16 0 Cute Comment
Hebat sangat kah ??
adakah sudah hebat segala pakaian engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain telanjang...
adakah sudah hebat segala makanan & minuman engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain kelaparan...
...
adakah sudah hebat segala harta & duit engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain kemiskinan...
adakah sudah hebat segala kediaman engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain merempat...
adakah sudah hebat segala kawan & pasangan engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain kesunyian...
adakah sudah hebat segala kesihatan engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain kesakitan...
adakah sudah hebat segala kegembiraan engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain kesedihan...
adakah sudah hebat segala pangkat engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain kehinaan...
adakah sudah hebat segala wajah-wajah engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain tunduk malu...
adakah sudah hebat segala kehidupan engkau,
sehingga sanggup membiarkan orang lain hampir kematian...
just sharing .. ^^
Dicatat oleh scha_07 di 19:48 0 Cute Comment