BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


 
"/>I Still Love You Even After You Hurt Me. I Cannot Delete You From My Heart

Cute Friends

Friday, 3 May 2013

Cinta



Cinta memang rumit, kadang2 ia menyakitkan tapi kadang2 juga ia membahagiakan bagi orang yang pandai menghargai cinta. Bagi aku, aku sudah pernah mengalami pahit manis dalam bercinta. So, hargai cinta.

Sunday, 31 March 2013

Penantian ku



Kadang-kadang apabila kita ingin mendapatkan dia kembali ,
kita mesti sabar menunggunya ,
dan kita mesti berusaha mendapatkannya tanpa berputus asa .

jangan pula kita terus menerus meninggalkannya tanpa menunggu jawapan dari dirinya ..
ini hanya akan membuatkan orang yg kita inginkan itu rasa bersalah ..

so , thinking about this ..

-love u dear -
hope dia dengar ini ..

hehe :)

Thursday, 21 February 2013

Tentang Dirinya

Dia selalu ingin dirinya di beri perhatian ,
ingin dirinya di hargai ,
Dia tidak ingin dirinya di pinggirkan ,
tidak ingin dirinya di sisihkan ,
Dia cuma ingin dirinya di fahami ,
tapi kenapa dalam banyak-banyak kawannya  ,
 tidak seorang pun yang dapat fahami dirinya ,
tidak seorang pun yang dapat tahu kehendaknya dirinya ,
Dia tidak minta apa-apa benda pun ,
tidak minta duit ,
tidak minta harta ,
Cuma yang dirinya inginkan adalah kasih sayang tulus dari semua orang ,
hanya itu sahaja yang dirinya inginkan ,
tidak lebih dan tidak kurang ,
kasihanilah dirinya kerana dia hanyalah insan yang lemah ,
yang hidup di dunia ini seperti berada di lautan luas yang tiada sesiapa pun yang membantunya ,
itulah tentang dirinya ,
Sekian .....


(....................................)
SCHA_07







Monday, 18 February 2013

Ia ...



Ia tidak pernah meminta ,
tapi ia selalu memberi ..
sayangnya , pemberian darinya seringkali disalahgunakan ,
jika ia digunakan mengikut aliran yang betul , itu MULIA ...
tapi jika ia digunakan mengikut aliran yang salah , itu HINA ..
ia juga seringkali dibiarkan pergi tatkala ia mendekati ..
so , hargailah ia ....
jap2 korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan IA ??
kalau tahu , baguslah ..
tapi kalau tak tahu ... biar aku bagitahu .
IA sebenarnya ialah CINTA
♥♥♥

hehe .... :))
(...............................................)

Tuesday, 12 February 2013

Segala-galanya ..


Kesedihan yang aku alami saat ini ,
mungkin jikalau aku lepaskan ,
ia akan menjadi lautan ,

Kesakitan yang sedang aku rasai kini ,
mungkin jikalau aku luahkan ,
ia akan menjadi api yang marak membakar ,

Kekecewaan yang aku pendam ini ,
mungkin jikalau aku ceritakan ,
ia akan menjadi duri yang amat tajam ,

Segala kesedihan ,
segala kesakitan ,
segala kekecewaan ,
dalam hati ku ini ,
jikalau aku lepaskan ,
jikalau aku luahkan ,
jikalau aku ceritakan ,
mungkin ia akan menjadi cerita novel yang amat panjang ....

hmm ....................... :(

Sunday, 10 February 2013

Untuk apa lagi ..


Untuk apa lagi aku terus berteduh di bawah pokok yang selama ini aku tidak tahu pun pokok itu sudah berpunya , aku fikir pokok itu belum lagi berpunya , tup tup tup rupanya pokok itu sudah berpunya dan tuan empunya badan itu menghalau ku pergi dari situ , hmm takpa lah , biarlah aku yang pergi , dah tuannya tak suka buat pa nak di paksa-paksa , walaupun pahit aku tetap menelannya , kerana aku yakin di bumi Allah yang indah ini , pasti ada tempat untuk aku berteduh , mungkin aku bukan lagi berteduh di bawah pokok lagi , mana lah tahu lebih selesa dari bawah pokok tu , kan ?

hmmm ,, :)

Kau ..


Kau ,
Sumber inspirasi ku ,

Kau ,
Penguat semangat ku ,

Kau ,
Menjadi pendorong ku ,

Setiap hari aku menunggu saat itu ,
untuk melihat dan bertemu diri mu ,

Walaupun tak pernah bertemu dua muka dengan mu ,
tapi aku bersyukur kerana aku masih dapat
mengetahui tentang diri mu sedikit demi sedikit  ....♦♦♦

hmmmm ..... :(

Saturday, 26 January 2013

Pintu


✿Pintu SYURGA menjanjikan KENIKMATAN.. ✿Pintu NERAKA mengotakan PEMBALASAN.. ✿Pintu HIDAYAH menyuluh IMAN.. ✿Pintu IMAN membenteng KEKUFURAN.. ✿Pintu TAUBAT mensucikan noda KEMAKSIATAN..... ✿Pintu HATI mendambakan KEREDHAAN..
✿Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN..
✿Pintu ILMU melahirkan CENDIKIAWAN..
✿Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN..
✿Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN..
✿Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..
✿Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN.. ✿Pintu ILMU melahirkan CENDIKIAWAN.. ✿Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN.. ✿Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN.. ✿Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..

(.......................................)

Walaupun ....


Walaupun hanya memendamkan rasa ,
Walaupun hanya dapat melihatnya dari jauh ,

Walaupun tidak dapat memilikinya ,
Walaupun tidak dapat bersamanya ,

Walaupun hanya dapat melihat kebahagiaannya bersama orang lain ,
dan Walaupun tidak di cintai olehnya ,

Tetapi aku bersyukur kerana di pertemukan dengan dia ,
dan dapat mengenali dirinya ,

Itu sudah cukup buat diri ku ,
kerana mencintai seseorang tidak semestinya
 bersama dia untuk selama-lamanya ......♥♥♥

(..........................................)

Di sebalik ...


=>> Disebalik AIR MATA, pasti akan datang SENYUMAN ♥‿♥

=>> Disebalik LUKA, pasti akan datang PENYEMBUH ♥‿♥

=>> Disebalik KESABARAN, pasti akan datang KEBAHAGIAAN ♥‿♥

=>> Disebalik KESULITAN, pasti akan datang KEMUDAHAN ♥‿♥

=>> Disebalik KEBENCIAN, pasti akan datang KASIH SAYANG ♥‿♥

KESABARAN membuahkan hasil yg sgt MANIS..Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama Hamba-hambanya yang SABAR..SABAR itu SEPARUH DARI IMAN ^_^

(>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>)

Thursday, 24 January 2013

Segmen : Tambah Follower sambil berkenal-kenalan



huhu , hari ni  Scha nak join segmen kat atas tu , Scha nak tambah follower lah ,follower Scha sikit je , kalau tak percaya , tgok kat bawah ni ,


sikit je kan ? dh ikut segmen ni , scha berharap dapat banyak follower lagi , hehe,
korang nak join tak ? kalau nak tekan je banner kat atas tu ,
ok :::::::::::::::)

Jangan sangka

❤ Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa ❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji ❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna
Hakikatnya...~... ❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga

❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA
❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama..
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka ❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT ❤ Dia juga MANUSIA ❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama.....

senyum selalu :))

Sahabat selama-lamanya ♥


Sahabat selama-lamanya <0

Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:

* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (Hadis riwayat al-Hakim)

(.............................................................)

.....................................

Tuesday, 15 January 2013

Berbaloikah ?

Cara terbaik untuk mendapatkan perhatian daripada si dia adalah dengan berhenti memberi perhatian kepadanya , tapi dapatkah kita menahan perasaan kita apabila tidak memberikan perhatian kepada si dia ? kerana kita semua tahu bahawa apabila kita menyayangi seseorang , kita akan sentiasa ingin memberikan perhatian kepada si dia , kita tak ingin berlaku sesuatu yang buruk terhadapnya , tapi jika kita terlalu memberi perhatian kepada si dia , si dia akan merasa jemu dengan kita dan mungkin juga ingin menjauhkan diri daripada kita dan tak mustahil juga dia ingin meninggalkan kita , jadi fikir-fikirkanlah , tapi bagaimana pula dengan seseorang  yang kita suka tidak tahu bahawa kita menyayanginya ? bolehkah kita berhenti memberi perhatian kepada si dia semata-mata ingin menarik perhatiannnya padahal dia langsung tidak tahu bahawa kita menyayangi dirinya dan dia mungkin tidak mempunyai perasaan kepada kita ? berbaloikah kita buat semua ini ?

):...................................:(

sbbs :)

Sunday, 13 January 2013

melihat dirimu tersenyum sudah cukup bahagia buat diriku


Kita semua tahu bahawa jika kita tidak meluahkan perasaan kita kepada si dia , macam mana pula dengan si dia yang mungkin juga mempunyai perasaaan yang sama seperti kita ?
persoalan ini akan terjawab dalam hati kita masing-masing ,
kerana ada sesetengah orang berpendapat , jika kita tidak meluahkan cinta kita kepada si dia , macam mana kita mahu tahu bahawa si dia mungkin juga mencintai kita ataupun mungkin tidak , lebih baik meluahkannya sebelum kita menyesal nanti , lagipun jikalau kita sudah meluahkannya kepada si dia , kita tak akan terlalu kecewa setelah mengetahui bahawa si dia tidak mencintai kita kerana kita sudah mencuba tapi sayangnya tiada jodoh , lagipun kita mempunyai banyak masa lagi untuk mencari yang lain ,
tapi ada juga sesetengah orang yang berpendapat bahawa jika kita meluahkan perasaan kita kepada si dia tapi si dia memberitahu kita bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap kita , mungkin kita akan rasa malu dan tak ingin berdepan dengan si dia atau menjauhkan diri daripadanya , sebaliknya jika kita memendamkan sahaja perasaan kita itu , kita akan dapat melihat selalu kebahagiaan si dia dan kita berasa bersyukur kerana walaupun kita tidak dapat memlikinya tapi kita masih berpeluang mengenalinya dan melihat dia dari jauh , itu sudah cukup bagi kita
bak kata saya “ melihat dirimu tersenyum sudah cukup bahagia buat diriku " 

(:.....................................:)

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan....





Scrollboxes
Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia..... Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu.. Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu.. Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya.. Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum . ♥ ♥





Scrollboxes