BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


 
"/>I Still Love You Even After You Hurt Me. I Cannot Delete You From My Heart

Cute Friends

Thursday, 29 March 2012

Tuhan jagakan dia

saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring  ,
saat tiada lagi waktu untuk kita berkongsi cerita girang  ,
cukup saja aku rapatkan jari-jemari ku ,menangkupkannya dan memohon
memohon  kepadaNya agar Dia menjagamu ...
tuhan , jagakan dia untukku ,jagakan dia agar air mata nya tidak lagi jatuh , jagakan dia agar cintanya selalu penuh , untaikan senyuman di bibirnya , terangkan cahaya matanya , hangatkan hari-harinya agar selalu ceria , sinarilah malamnya agar tidurnya lelap , beri dia mimpi-mimpi indah , aku mohon , tuhan jagakan dia untuk ku  ,


Tuhan jagakan dia :(
...............................................

Sunday, 25 March 2012

Fikirkanlah ..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!
 

Fikirkanlah dan Renungkanlah ^^

Saturday, 24 March 2012

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI BIOLOGI

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI BIOLOGI::

Tengkorak manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji) dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS.. (struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Unt...uk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.)

Allah swt sangat sayangkan hambaNya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting. Apabila sejuk, saraf ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu efektif dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA (cepat nampak tua, mungkin?). Dalam yang demikian, memakai tudung pula boleh membantu mengurangkan kehilangan haba terlampau.

Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita, untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Benarlah sabda nabi s.a.w; "Seindah hiasan adalah wanita solehah"
ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA
 ^^ sharing is caring ^^
(:.........................................:)

Thursday, 22 March 2012

Faedah KIta Menangis


Ada beberapa alasan manusia menangis:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


sharing is caring ^^
................................................

Monday, 19 March 2012

Kepercayaan sesama kita ,....





Apabila kita sudah memberikn sepenuh kepercayaan kepada orang yang kita sayang , kita sangat berharap agar dia tidak memusnahkan kepercayaan itu , tapi kadang2 orang yang kita sayang ini terlupa bahawa kepercayaan yang di beri itu bukan sekadar untuk dia tidak menipu kita tapi itu adalah untuk kita mengetahui sejauh mana dia menghargai sesuatu yang telah di berikan kepadanya , jika dia mensia-siaknnya , maka dia seorang yang tidak tahu menghargai malah dia menganggap kepercayaan yang di berikan itu tidak mempunyai apa2 makna , sehinggakan apabila kita mendapati bahawa dia telah menipu kita , kepercayaan itu musnah sekelip mata , lebih2 lagi melibatkan perkara yang buat kita menangis , semuanya kerana dia , sekaligus menyebabkan kita hilang kepercayaan kepada dirinya  , dan mungkin tidak akan memberikan lagi kepercayaan kita untuk kali yang kedua , masa itu sudah terlambat untuk menyesal , so hargai kepercayaan yang telah di berikan oleh pasangan kita , kesimpulannya , kepercayaan itu sungguh penting dalam perhubungan ,

......................^^ ...................
:D

Sunday, 18 March 2012

Untuk mu Capital S

Aku minta maaf jikalau aku telah melukakan hati mu dengan menolak pelawaan mu untuk menjadi putera bertakhta di hati ku , aku berbuat demikian kerana aku memang tidak sesuai dan tidak layak untuk kau , mungkin kau akan berjumpa puteri yang selayaknya bertakhta di hati mu , aku bukannya tidak sudi menerima kau , tapi aku buat ini semua untuk kebaikan kita berdua , jikalau pun terluka , aku rela terluka sendiri daripada melihat kau terluka , kerana aku tahu diri mu sungguh istimewa , kau tidak boleh terluka kerana aku tidak sanggup melihat orang yang aku sayang terluka , itu sama seperti menghiris jari ku dengan pisau yang tajam , mungkin aku ni istimewa di mata mu , tapi sebenarnya aku langsung tidak mempunyai apa2 keistimewaan untuk di miliki , sebaiknya lebih baik kita bawa haluan masing2 kerana itulah yang terbaik untuk kita berdua , aku tahu bahawa masih banyak yang menanti mu di luar sana , dan mungkin lebh baik daripada aku , aku harap kau cuba pertimbangkan dan dapat menerima mereka apa adanya , terima mereka kerana kau menyayanginya dan bukan untuk di permainkan , hargai mereka , itu lah harapan ku , jujur aku memang masih menyayangi mu , terlalu menyayangi mu , tapi aku tidak punya kekuatan untuk menerima kau kembali , seperti ada yang meminta aku untuk melupakan mu dan meninggalkan mu untuk kebaikan kita , aku minta maaf , kau mungkin bukan yang pertama di dalam hati ku tapi aku berjanji kau lah yang terakhir , aku sayang kau , kau jaga diri baik2 , kalau kau sakit aku risau , hargai orang sekeliling mu , sayangi mereka seperti kau menyayangi diri mu , love u dear .....

just for you
:: Capital S :: 
^^

Friday, 16 March 2012

KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?

KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

... ... Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.
sharing is caring ^^
...............................................................

Thursday, 15 March 2012

Wahai Hawa , Wahai Adam

Wahai Hawa.



♥ Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Wahai Adam,
...
♥ Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.

huhu , sharing is caring ^^

Wednesday, 14 March 2012

Lelaki

LELAKI NAK CARI AWEK

ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung.
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan.
ø Nak yang kulit putih jer, muka cantik tu paling dia nak.
... ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka.
ø Boleh keluar rumah anytime, anywhere.
ø Nak yang gedik sana, gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA, tu satu peluang baik.

LELAKI NAK CARI ISTERI

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua.
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak.
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang.
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh.
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja.
ø Nak yang SUCI jer.

So faham-fahamlah ye, hati-hati ye wahai wanita-wanita. jngan terjerat dengan ayat cinta lelaki macho dan jagalah perangai mu. hati mu. dan adab mu ^^

Tuesday, 13 March 2012

Doa Ketika Wuduk

DOA (ketika wuduk)
-Tangan (Ya Allah , ampunkan lah dosa kami)
-Berkumur (Ya Allah , ampunilah dosa lidahku dan sentiasa berzikir kepadaMu)
-Hidung (Ya Allah , jauhilah kejahatan tempat tinggalku dan jauhi daripada mencium bau neraka)
-Muka (Ya Allah , sinarilah wajahku sebagaimana Engkau sinari wajah orang yang soleh dan jangan Engkau hitamkan wajahku sebagaimana Engkau menghitamkan wajah orang yang ber...dosa)
-Tangan\siku ::kanan::(Ya Allah , bagilah buku amalan catatanku pada tangan kanan) . ::kiri::(Ya Allah , janganlah Engkau berikan buku catatanku pada tangan kiri dan punggungku)
-Kepala (Ya Allah , naungilah aku pada hari tiada naungan dan ampunilah segala dosa)
-Telinga (Ya Allah , ampunkanlah dosa telingaku yang mendengar perkara yang sia-sia)
-Kaki ::kanan::(Ya Allah , tetapkanlah kedua-dua kakiku di siratol mustaqim) . ::kiri::(Ya Allah , jauhilah kakiku daripada menuju tempat-tempat maksiat dan jadikan kakiku menuju tempat yang baik)

jom sama-sama kita amalkan ^^

Monday, 12 March 2012

Hafal Tujuh Kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W
“Barang siapa hafal tujuh kalimat , ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta di ampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut “
1) Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu .
2) Mengucap Alhamdulllah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu .
3)Mengucap Astagfirullah jka lidah tersilap perkataan yang tidak patut .
4) Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok .
5) Mengucap La Haula Wala Kuwwata Illabillah jika menghadapi sesuatu yang tidak di sukai dan tidak di ingini .
6) Mengucap Inna Lillahi Wa Inna Illahi Rajiun jika menghadapi dan menerima musibah .
7) Mengucap La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya .
(dari Tafsir Hanafi)

Sharing is Caring ^^
Jom kita hafal sama-sama .. ok :))

Saturday, 10 March 2012

7 Hamba yang Akan Dilindungi Allah Pada Hari Kiamat

7 Hamba yang Akan Dilindungi Allah Pada Hari Kiamat

Rasulullah bersabda: ”Tujuh hamba yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat nanti

1. Imam pemimpin yang adil
2. Pemuda yang tumbuh dewasa yang hobbynya beribadah pada Allah padahal disaat nafsunya bergejolak
3. Hamba yang hatinya selalu terikat pada masjid, senangnya berjamaah dan beraktivitas ke mesjid
4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul, berjumpa, bersahabat kerana Allah dan berpisah kerana Allah pula,
5. Seorang hamba lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah"
6. Hamba yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya, ikhlas kerana Allah
7. Hamba yang berdzikir dan berdoa kepada Allah dalam keheningan malam, dalam kesendiriannya, dalam muhasabah dirinya lalu ia menitikkan airmatanya.” (Tafsir hadist HR. Bukhari Muslim)..."

Ya Allah yang Menguasai langit bumi, jadikan kami diantara tujuh golangan hamba-hamba-Mu yang Kau lindungi kelak di akhirat...
aamiin .. ..

Segmen Follower Bertambah Ke BABBOM!!!


join..join..join
huhu.. malam ni Scha join satu segmen g ..
korang nak join tak ??
kalau nak ,, korang tekan je banner yang comel tu ya ..
lagi ramai yang join .. lagi meriah lah suasana
kan ??
ok .. sekarang Scha nak tag kawan kita yang comel ni 
Azira

ok , tata semua ^^

Friday, 9 March 2012

BEN ASHAARI dan RAKAN BLOGGER

BEN ASHAARI


hari ini aku dapat chat dengan dia.
walaupun sekejap tapi aku bersyukur :))
....................................

Muslimah



~MUSLIMAH yang CUTE ialah dia menyimpan kecantikannya hanya untuk suami yang sah sahaja...
~MUSLIMAH yang GAGAH ialah dia pandai menjaga batas bergaulan dengan lelaki yang bukan mahram...
~MUSLIMAH yang SOPAN ialah apabila dia bercakap, dia menggunakan bahasa yang baik & lemah-lembut...
~MUSLIMAH yang TABAH ialah dia sangat kuat untuk melalui ujian kehidupan walaupun ujian itu berat untuk dilalui... kerana dia tahu
ALLAH SWT uji HambaNYA setakat hambaNYA mampu...
~MUSLIMAH yang HEBAT ialah dia meninggalkan larangan ALLAH SWT & patuh pada perintah ALLAH SWT...
~MUSLIMAH yang BAIK ialah dia sayangkan ibubapanya & keluarganya..

::jadilah sebenar-benar muslimah! InsyaAllah.. ^^::
Aminnnn :)

YmeyA aQssyA

YmeyA aQssyA ...
Korang tahu tak pa maksud dua perkataan di atas ???
Maksudnya sangat dalam ..
Sebab pa?? 
Sebab itu merupakan luahan hati aku terhadap Dia ..
Hanya aku dan Dia sahaja yang mengetahuinya ...
Sebab aku tahu , hanya dengan meluahkan sesuatu dengan Dia ...
Aku akan berasa tanang dan lega sedikit ..
Aku tahu ujian yang Dia berikan , hanyalah untuk menguji sejauh mana iman hamba tehadapNya  ..
So, kalau ada apa-apa masalah kita , sebaiknya kita luahkan kepada Dia ..
InsyaaAllah , Dia akan bagi kita ketenangan ...
Kan ??
Jadi , setiap masalah yang aku hadapi , aku akan meluahkan kepada Dia ..
Caranya macam mana ??
Hmm.. takkan itu pun nak di ajar ..
Semua orang pun tahu macam mana nak cari ketenangan yang abadi daripadaNya ..
:: Semakin iman kita tinggi , semakin hebat lah ujian daripadaNya ::
-itu bermakna Dia sayangkan kita-
^^^^


Thursday, 8 March 2012

Aku menangis bukan kerana mee goreng

Aku menangis hari tu bukan pasal mee goreng ..
Tpi aku menangis hari itu kerana aku kecewa sangat ...
Sebab apa???
Sebab sikap segelintir kawan-kawan ku yang bertindak tanpa memikirkan perasaan kawannya ini .
Aku tidak marah mereka tapi sebaliknya aku hanya menyalahkan diri ku ...
Sebab aku sudah tidak tahan untuk memendam air mata yang sudah lama bertakung ..
aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan ku dan pergi ke kelas seorang diri ...
Mungkin mereka marah kat aku tapi aku dah minta maaf kat mereka ..
Sebelum itu , aku menangis kat kelas itu bukan kerana mee goreng ..
Memang aku menangis sebab perangai kawan-kawan ku ..
Tapi ada yang paling besar kesilapan ku terhadap Yang Maha Esa ..
Iaitu , aku berfikir bahawa kalau aku terlanggar kereta lepas dari membeli makanan di luar , adakah kawan-kawan aku akan ingat kat aku dan tak kan mengulangi kesilapan mereka ???
Tapi  sebaik aku beristighfar , aku baru sedar betapa singkatnya pemikiran ku sehingga ingin bunuh diri ...
Bukan kah bunuh diri itu satu kesalahan yang tidak patut  di buat dan bukan jalan penyelesaian yang mudah ..
Tanpa aku sedar , air mata ku mengalir sehingga kan aku tidak dapat sembunyikan kesedihan ku ...
Ya Allah , betapa kerdilnya hambaMu ini ...
Betapa kecilnya aku dalam kalangan kawan-kawan ku ...
Sejak dulu lagi , aku sudah merasakn bahawa diri ku ini tidak sesuai dalam kalangan kawan-kawan ku .
Kenapa ?? Entah lah, aku sendiri tidak tahu ..
Buat kawan-kawan ku yang mngkin terbaca post ni .
Aku minta maaf sangat-sangat ..
Aku tidak berniat untuk menyakiti korang semua ..
Tapi aku sedar , aku siapa ..
Sorry sangat-sangat ... tak boleh kah kita berkawan sepeti dahulu ???
hmm :(

......................................................

Wednesday, 7 March 2012

Segmen Jom Tambah Follower by NI

lagi lagi segmen 
huhu.. hari Scha nak ikut lagi satu segmen ni ..
hehe .. korang nak join tak ??? kalau nak join , korang tekan je banner kat atas tu ya :)
Scha tak nak pot pet banyak sangat ..
ok, sekarang Scha nak tag kawan kita yang comel-comel ni 

1)Aqilah
2)Wanie

ok.. tata semua ^^ ....

Tuesday, 6 March 2012

Kesal..

Kita selalu merasa sesal dengan apa yang telah berlaku ,
Tapi pernahkah kita memikirkan , adakah dengan kita menyesal perkara itu akan kembali ??
jawapannya , TIDAK .
jadi , kenapa kita masih mahu merasa sesal ??
jangan kita rasa sesal kerana itu sudah di takdirkan oleh Maha Esa .
kita hanya perlu redha dan tabah menghadapinya .
kadang-kadang aku pun merasa sesal tapi bila aku renungkan , semua itu takkan kembali .
sia-sia ja kita memirkan perkara yang telah berlaku .
hmm , harap jangan menyesal setelah perkara itu berlaku .
jika tak nak ada rasa sesal  , kita perlu lah memikirkan perkara itu dengan semasak-masaknya  .
ok
:)

Monday, 5 March 2012

Di kala ini




 Di kala , aku bersendirian aku selalu memikirkan masa lalu .
baru aku sedar betapa aku sungguh kerdil di dunia ini ,
aku banyak melakukan kesilapan dan kemungkaran secara sengaja atau tidak sengaja  ,
tapi aku mencuba untuk memperbetulkan kesemuanya dan mencuba menjadi yg lebih baik dari hari ini . saat ini aku memerlukan bimbingan dan sokongan dari semua yang mengenali aku ,
tapi aku malu untuk meminta pertolongan dari mereka , kadang-kadang aku juga rasa kerdil pabila bersama mereka , aku seperti tidak layak berdiri dan duduk bersama mereka , aku seperti budak yang ada masa tu tapi di lihat kembali seperti tidak wujud waktu tu ,
hmm , sedih rasa hati ini
 6666

Sunday, 4 March 2012

Segmen Review Blog meramaikan follower anda

hai semua .. malam ni Scha nak join satu segmen lagi ..
hehe .. Scha ni asyik join segmen je kan ??
tapi takpa lah .. yang penting Scha happy ..
jom .. kita join segmen ni ..
kita review blog kita kat sini.. huhu
biar ramai follower ...
kalau korang nak join , tekan je banner kat bawah ni
ok

Scha nak tag kawan kita yang comel-comel ni ..

1)Cyma
2)Rosa

hehe ^^

Saturday, 3 March 2012

Kasih ku

Hanyalah dirimu....Yang bertakhta di jiwa ku dulu....

Tak rela meninggal suci kasihmu itu.....

Bersemadi cinta ku disini....

Biar mekar mengharumi.....

Andai ada masa kan ku temu.. 

Kasih ku.....

Aku sungguh menyayangi mu ^^

Jom Baca ^^

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)
Sedih kn ??  Scha sedih lah baca cerita ni..
ringkas tapi menyentuh hati ..
jadilah anak yg soleh dan solehah .... ^^

Pencuri Hati

Dalam Bnyak2 Pencuri Hati Saya...
Awak la pencuri hati yang paling saya kagumi..
Begitu lamanya mengambil hati saya..
sehingga kan...yg melintas dpn mata saya...saya buat tidak tahu..
... Kejamkah saya?? huhuhu...
Walaupun apa-apa yng Terjadi Hati Ku Sudah kau miliki..
akan ku tetap mencintaimu...
cuma hati awak sahaja yg awak tak bagi..

dan Kini Saya Hidup Keseorangan Diri...KeSedihan Melanda Diri..
Sehensem mana pun yg Datang..Saya Tetap Kagumi Awak..
Saya Tidak Peduli Apa Yg Kawan Saya Ckpkan..
Mereka tak suka kat awak...tetapi sya tak peduli juga...
mereka terus BerPutus Asa...Tetapi Saya Tidak..
Selagi Ada Waktu..Selagi Itu Ada Rindu

Thursday, 1 March 2012

Tabah

 

-Kadang2 kita berdoa untuk KUAT, tetapi DUGAAN bertimpa2 datang menggugat...

-Kadang2 kita meminta untuk BAHAGIA, MUSIBAH pula hadir menduga..

*semua kurniaNya Ada HIKMAH..

>>DUGAAN menjadikan mental kita KUAT

>>MASALAH menjadikan minda kita BERFIKIR

>>MUSIBAH menjadikan HATI kita TABAH...

*tabah dan kuatkan diri menghadapi everything . . . 

Cinta ^^



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang & bukan siapa dia sebelumnya.. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, sekiranya kamu benar2 mencintainya setulus hati.. ♥ ♥
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang & kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..
Cinta mungkin tidak akan kekal selamanya
tapi ia akan bertahan.. Bertahan begitu lama & kuat sehingga kita tahu bahawa dia mengkhianati cinta kita..
 Kita tidak akan pernah tahu bila kita akan jatuh cinta.. Namun apabila sampai saatnya itu.. Raihlah dengan kedua tanganmu & jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya... 
Cinta dtg kepada orang yg masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan.. Kepada mereka yg masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.. Kepada mereka yg masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya & Kepada mereka yg mempunyai keberanian & keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..
Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.. 
 Siapapun pandai menghayati cinta tapi tak seorang pun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang boleh dilihat oleh mata tapi sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati & perasaan.
 

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan....





Scrollboxes
Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia..... Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu.. Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu.. Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya.. Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum . ♥ ♥





Scrollboxes