BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »




 
"/>I Still Love You Even After You Hurt Me. I Cannot Delete You From My Heart

Cute Friends

Saturday, 21 April 2012

Rasa Cinta


Sesungguhnya manusia seringkali tewas dalam percintaan. Kenapa tewas??
Seringkali kita sebagai seorang manusia normal,kita akan kecewa apabila sesuatu itu tidak seperti yang kita harapkan.
Namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua tu adalah sesuatu yang mengajar kita erti hidup.
Cinta kepada manusia dan daripada man...usia, tak pernah kekal. Jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita.
Bila kita meratap, bersedih, hilang semangat kerana kekasih.Kenapa?
Dia belum menjadi milik kita dan dia takkan menjadi milik kita abadi kita kerana kita semua adalah milikNYA yang Maha Berkuasa.

Tidak semua orang tahu menghargai kasih sayang, pengorbanan, kejujuran dan keikhlasan kita..Termasuklah orang yang kita gelar kekasih..
Bila dia rasakan diri kurang perhatian, mulalah berpaling pada insan lain.
Bila sudah kehilangan, barulah datang kembali mengucapkan seribu kemaafan dan madah-madah cinta yang seolah-olah dia pencinta yang begitu setia.
Sedangkan sebelum itu, dialah yang menghancurkan harapan dan hati kita yang begitu ikhlas menyayanginya.
Begitulah lumrah manusia, hanya menghargai apabila sudah kehilangan..bila ada disisi,tak dipandang pun segala pengorbanan yang dibuat..
Tak perlulah bersedih kerana si dia yang tak menghargai kesetiaan, kasih sayang dan cinta kamu padanya..
Ini adalah peluang untuk kamu mencari yang lebih baik..
Bangunlah,tidak perlu meratap lagi.. kuatkan semangat tabahkan hati,banyak kan berdoa, insyaAllah kebahagian akan jadi milik kita.

Perlu di ingatkan juga, Ingatlah siapa yang menciptakan hati kita?
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta di hati kita.
Kita hanya beriktihar untuk mencari dan dengan kuasanya juga Allah akan membuahkan rasa Cinta dihati kita.

Allah lah segala-galanya :)

0 Cute Comment:

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan....





Scrollboxes
Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia..... Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu.. Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu.. Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya.. Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum . ♥ ♥





Scrollboxes